Salam perkenalan daripada Big Bro

Big bro nak tanya, adik-adik selalu tak bergaduh dengan abang atau kakak? Pernah bukan? Pernah dengar tak peribahasa Melayu yang mengatakan “air yang dicincang tidak akan putus”? Apakah maksudnya? Haa..cuba tanya sesiapa!

 

Sebelum tu, Big Bro nak tanya. Adik-adik pernah rasa seperti dibuli sama ada di sekolah atau di rumah, mungkin? Mari kita faham apakah maksud buli. Baiklah, buli adalah perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.

 

Big Bro nak kongsikan cara-cara untuk adik-adik mengatasi situasi tersebut. Jom kita tengok apakah panduan menangani buli!

 

Sedikit tips mengatasi buli di sekolah daripada Big Bro:

 


Bercakap, ajak bercerita mengenainya. Cari peluang dan bercerita kepada guru di sekolah, mak atau ayah. Luahkan segala apa yang berlaku. Ini sangat penting supaya orang lain dapat membantu dan mencari punca sebenar dan sama-sama nanti kita selesaikan.

 


Buang penyebab buli. Contohnya, jika disebabkan duit atau gajet yang menyebabkan adik-adik dibuli, elakkan ia digunakan di sekolah.

 


Berkawan untuk keselamatan. Pastikan adik-adik sentiasa bersama kawan-kawan yang baik. Elakkan berseorangan.Ini sangat penting!

 


Baca ayat perlindungan. Semoga adik-adik terlindung dari segala hasad dengki manusia. Boleh amalkan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan juga An-Nas. Tahu, bukan? Kita mohon perlindungan daripada Allah.

 

 

Big Bro harap tips ini mungkin boleh memberi panduan kepada adik-adik untuk tahu dan faham bagaimanakah caranya untuk menangani buli. Harapan Big Bro ialah ia dapat membantu juga adik-adik untuk mengatasi situasi ini.

Ingat, jangan takut untuk berkongsi. Laporkan kepada yang berkenaan dan jangan biarkan ianya berlarutan. Jangan risau, Big Bro akan selalu ada untuk menghulurkan tangan dan membantu adik-adik. Jangan segan, kecil tapak tangan, nyiru Big Bro tadahkan.

 

Hiduplah dengan berfikiran positif. Salam positif daripada Big Bro!