Jom Berseronok Semasa Aktiviti Kokurikulum!

Hai adik-adik! macam mana awal persekolahan? pastikan adik-adik belajar bersungguh-sungguh dengan semangat dan azam yang baru untuk 2018 ini. Selain daripada belajar di dalam kelas, Big Bro suka sertai aktiviti kokurikulum kerana ia membantu meningkatkan keyakinan diri Big Bro dan juga dapat kawan-kawan baru. :D

Big Bro nak berkongsi sedikit tips dengan adik-adik. Inilah yang Big Bro lakukan untuk pastikan Big Bro enjoy semasa aktiviti kokurikulum:

 

1. Pilih berdasarkan hobi adik-adik

Adik-adik akan berasa terpaksa untuk menghadiri aktiviti kelab jika mengikut kemahuan rakan semata-mata & bukan kerana minat adik-adik sendiri. Oleh itu, Adik-adik perlulah memilih kelab mengikut hobi adik-adik kerana waktu inilah untuk adik-adik bergembira sambil belajar. Contohnya, Big Bro suka membaca buku, jadi Big Bro pilih Kelab Membaca atau Kelab Bahasa.

2. Ambil peluang untuk belajar sesuatu yang baru

Big Bro dulu menyertai Kelab Pengakap di sekolah di mana Big Bro belajar kemahiran untuk berkhemah di dalam hutan.

Seronok kan!
 

3. Tingkatkan jati diri dengan aktiviti kokurikulum

Kejayaan masa depan bukan sahaja bergantung kepada pencapaian akademik sahaja. Kita perlu ada nilai-nilai dan kemahiran lain yang dapat meningkatkan jati diri kita. Dalam Bahasa Inggeris, ia dipanggil sebagai ‘soft skills’. Sijil kokurikulum dapat membantu apabila memohon ke universiti nanti.

4. Kenal pasti kemahiran yang adik-adik ingin pelajari

Jika adik-adik nak jadi penyanyi, pilihlah kelab yang dapat mengasah bakat adik-adik seperti kelab koir. Kalau adik-adik nak jadi peguam, adik-adik perlu mahir bercakap di khalayak ramai. Contoh, kelab yang dapat membantu adik-adik pelajari kemahiran ini adalah Kelab Bahasa Melayu dan Kelab Bahasa Inggeris dimana menerusi kelab-kelab ini adik-adik boleh mengasah bakat-bakat adik-adik seperti berpidato, berdebat dan sebagainya.

Kebanyakan sekolah yang mempunyai Kelab Seni & Kebudayaan yang membolehkan adik-adik mengasah bakat dalam budaya koir, bermain alat-alat muzik ataupun ‘Choral Speaking’.

Adik-adik juga boleh cuba sertai Pertandingan ‘Choral Speaking’ yang biasanya dianjurkan oleh Kelab Bahasa Inggeris. Terdapat juga sekolah-sekolah yang menganjurkan dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Arab. 

Big Bro nak adik-adik bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mampu mencungkil potensi dan juga perkembangan sahsiah adik-adik melalui kokurikulum.

 

Akhir kata, adik-adik boleh cuba sertai ‘Choral Speaking’ kerana Big Bro ada pengumuman yang istimewa khas untuk adik-adik pada blog yang seterusnya!