5 Tip Berfaedah Untuk Raih Bersama Keluarga

Selamat Hari Pekerja kami ucapkan kepada para ibu bapa sekalian!

Tahukah adik-adik, apakah itu Hari Pekerja? Hari Pekerja ialah hari perayaan bagi menghargai pekerja dan pencapaian mereka melalui ekonomi dan sosial. Pada 1 Mei 1886, Kesatuan Buruh di Amerika telah berarak untuk bersuara kepada pihak majikan untuk memohon peluang keistimewaan sebagai pekerja.

Pada waktu yang sama, 1 Mei merupakan perayaan permulaan musim bunga terutamanya di Great Britain, Eropah dan Amerika Utara yang dikenali sebagai May Day. Jadi, Big Bro nak kongsikan lima aktiviti berfaedah yang adik-adik boleh luangkan bersama ibu bapa adik-adik pada esok hari!

Memberi waktu rehat secukupnya

Inilah peluang keemasan setelah Ibu Bapa adik-adik membanting tulang untuk mencari nafkah keluarga. Jadi, adik-adik haruslah memberi ibu bapa kalian peluang untuk mendapatkan waktu rehat yang secukupnya.

Meluangkan masa bersama

Hari cuti adalah hari yang paling Big Bro nanti-nantikan kerana Big Bro boleh mengajak keluarga Big Bro ke tempat-tempat menarik yang menyediakan harga istimewa untuk ahli Kelab Nuri seperti Jump Street Asia, Petrosains , Underwater World, Panorama Langkawi dan The Carnivall Waterpark. Secara langsung, adik-adik boleh menikmati diskaun istimewa yang diberikan oleh lokasi-lokasi tersebut!

Bergotong-royong

Ibu bapa adik-adik pasti mengambil peluang pada hari pekerja ini untuk mengemas rumah. Jadi, adik-adik bolehlah mengagihkan tugas dengan kakak dan abang untuk membantu ibu bapa kalian dengan menyapu sampah, jemur pakaian, lapkan tingkap dan sebagainya!

Bersenam

Selain itu, adik-adik boleh mengajak ibu bapa adik-adik berjoging, bersenam sambil berjalan-jalan di taman berdekatan perumahan adik-adik atau tasik yang berdekatan.

Beri hadiah

Ibu Big Bro suka bunga ros putih. Jadi, Big Bro akan belikan bunga ros sebagai tanda terima kasih buat ibu Big Bro. Ibu bapa telah mengasuh kita daripada kecil lagi. Jadi, hargailah ibu bapa adik-adik dengan memberikan hadiah istimewa kepada mereka sebagai tanda penghargaan.

Big Bro tamatkan blog ini, kalian boleh berkunjung ke bahagian 'Promosi' untuk mengetahui lebih lanjut tentang diskaun-diskaun eksklusif yang diberikan oleh rakan-rakan dagang Kelab Nuri.

Big bro berharap agar adik-adik dapat menggunakan tips-tips yang Big Bro berikan sebentar tadi untuk menyambut Hari Pekerja 2018 bersama-sama keluarga masing-masing!