Piala Dunia FIFA 2018

Hai, adik-adik! Demam Piala Dunia kini bermula! Piala Dunia FIFA 2018 yang berlangsung di Rusia merupakan pertandingan bola sepak yang dinantikan oleh setiap peminat di seluruh dunia. Sebanyak 32 negara bersaing merebut kejuaraan berprestij yang diadakan empat tahun sekali ini.

BERITA BAIK !

Bagi adik-adik yang berada di sekitar Damansara, Big Bro akan berada di The Port Damansara, bagi menyaksikan perlawanan pusingan 16 terbaik antara Juara kumpulan C dengan Naib Juara Kumpulan D.

 

Program

:

Nuri World Cup 2018

Tarikh

:

30 Jun 2018

Masa

:

8.30 malam – 12.00 tengah malam

Tempat

:

The Port Damansara

 

Adik–adik mesti mempunyai pasukan dan pemain kegemaran tersendiri bukan ? Jom Big Bro kongsikan pasukan manakah yang menjadi pilihan Big Bro untuk Piala Dunia FIFA tahun ini.

BRAZIL

Brazil merupakan salah sebuah negara yang sentiasa menjadi pilihan ketika beraksi dalam Piala Dunia. Terkenal dengan aksi samba Brazil pernah merangkul kejuaraan piala dunia sebanyak 5 kali pada tahun 1958, 1963, 1970, 1994 dan 2002. Inilah pasukan kegemaran Big Bro. Kalau adik-adik nak tahu, dari dahulu hingga sekarang tau.

Sumber: GettyImage

PORTUGAL

Big Bro tahu ramai penyokong pasukan Portugal di sini. Sudah semestinya adik-adik mahu menjadi seperti salah seorang pemain pasukan ini iaitu Cristiano Ronaldo atau lebih dikenali sebagai “CR7”. Pemain terbaik dunia ini terkenal dengan permainan cantik dan digeruni oleh pertahanan pihak lawan kerana kelincahan beliau dihadapan pintu gol. Kalau nak tau, CR7 ni pemain kegemaran Big Bro tau.

Sumber: GettyImage

JERMAN

Pasukan Jerman di bawah bimbingan Joachim Low ini sangat dominan sejak saingan kelayakan Piala Dunia bermula dan mereka merupakan pasukan juara bertahan yang memenangi kejuaraan di Brazil pada tahun 2014, pasukan Jerman ini juga pernah menjuari piala dunia sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1954, 1974, 1990 dan 2014. Kalau empat tahun lepas Jerman boleh jadi juara, Big Bro rasa tak mustahil mereka boleh menang lagi tahun ini.

Sumber: Google