KARNIVAL MERDEKA NURI 2018

Hai adik-adik, Big Bro kembali lagi dengan cerita yang lebih menarik kali ini. Adik tahu tak bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan yang ke-61 tahun ini, Big Bro akan mengunjungi 14 lokasi di sekitar Malaysia pada 4 Ogos 2018 ini untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan bersama adik-adik,

Untuk makluman adik-adik, lokasi yang akan dilawati Big Bro adalah:

Kalau nak tahu, banyak hadiah MENARIK menanti jika adik sertai program KARNIVAL MERDEKA NURI 2018 tahun ini. Biar Big Bro kongsikan sedikit apakah aktiviti dan hadiah yang ada pada karnival tersebut

NURI-ROBICS

Adik jangan lupa untuk ajak ibu dan ayah untuk tiba awal di lokasi Karnival Merdeka Nuri 2018 untuk bersama-sama memeriahkah aktiviti senaman Nuri-Robics dengan rakan-rakan Big Bro. Bagi mereka yang tiba awal, Big Bro ada hadiah eksklusif untuk diberikan kepada adik-adik. Kalau adik-adik rajin bersenam, barulah sentiasa sihat macam Big Bro.

PECAH TABUNG

Program Pecah Tabung ini menjanjikan hadiah yang lumayan untuk mereka yang rajin menabung. Big Bro tak kisah wang simpanan adik dalam buluh, botol air ataupun tabung Nuri, asalkan bawa tabung dengan tabungan tertinggi, adik akan berpeluang memenangi hadiah wang simpanan bernilai RM500 dan juga hadiah misteri. Kalau nak tahu apa hadiah misteri itu, pastikan adik tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam acara ini.

PERADUAN MEWARNA NURI

Aktiviti Mewarna Nuri pula adalah aktiviti kegemaran Big Bro dalam setiap aktiviti Nuri yang dijalankan sebab Big Bro suka tengok ketekunan dan kreativiti adik-adik semasa mewarna. Big Bro juga ada sediakan hadiah kepada 10 hasil karya yang menarik untuk dua kategori iaitu kategori A (7-9 tahun) dan kategori B (10-12 tahun). Hadiah yang ditawarkan juga menarik iaitu wang simpanan bernilai RM200 !

TAYANGAN NURI THE SERIES

Kalau adik nak tau, Big Bro ada seorang adik bernama Nuri yang sudah mula dikenali ramai menerusi kerjaya lakonannya. Nuri tinggal di kampung dengan ibu dan ayah dan dia selalu bermain dengan kawan-kawan dia seperti SITI, UMAR, AH MENG, RANI, COMBI, ACOK, APAI dan NYET. Boleh dikatakan Nuri dan kawan-kawan ni macam hero di kampung sebab mereka selalu membantu penduduk di situ. Kalau adik-adik nak tahu kenapa Big Bro cakap Nuri dan kawan-kawan macam hero, adik-adik mesti datang tengok sendiri TAYANGAN NURI THE SERIES. Sambil kita tengok, sambil kita belajar bagaimana nak jadi hero macam Nuri dan kawan-kawan.

Aktiviti Big Bro ini terbuka kepada semua adik-adik yang berusia 3 bulan hingga 18 tahun. Buat adik-adik yang sudah menjadi ahli Kelab Nuri, jangan lupa ajak kawan-kawan untuk bersama-sama menjadi ahli Kelab Nuri. Kepada adik-adik yang masih belum menjadi ahli KELAB NURI pula, jom sertai sekarang dan nikmati pelbagai tawaran menarik. Senang sahaja nak menjadi ahli Kelab Nuri ini. Adik-adik hanya perlu ajak ibu dan ayah adik pergi ke cawangan Bank Rakyat yang berdekatan dan cakap sahaja di kaunter “SAYA NAK SERTAI KELAB NURI!” dan petugas Bank Rakyat bersedia untuk melayani adik-adik.

Itu sahaja untuk kali ini. Jangan lupa sertai Big Bro di Karnival Merdeka Nuri 2018. Jumpa adik di sana.