NURI Joran 2018

Hai adik-adik, berjumpa lagi kita pada minggu ini. Minggu ini Big Bro nak kongsikan sedikit pengalaman baharu selepas Program Nuri Eco Camp hari tu. Minggu ini Big Bro nak kongsikan pengalaman memancing ikan di Rockbund Fishing Chalet, Lumut, Perak pula.

 

ROCKBUND FISHING CHALET

 


 

Setelah beberapa minggu merancang untuk menganjurkan program ini, akhirnya Big Bro sampai ke Rockbund Fishing Chalet untuk bersama-sama ahli Kelab Nuri. Kali ini Big Bro bawa ahli Kelab Nuri untuk pertandingan memancing pula. Indah sungguh pemandangan sepanjang Big Bro di sini.

 

Untuk pengetahuan adik-adik, Rockbund Fishing Chalet ini memang terkenal di Perak. Ramai yang datang ke sini untuk memancing dan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan. Setiap chalet kat sini ada pelantar memancing yang disediakan untuk pengunjung. Memang terbaiklah tempat ini.

 

 

 

TAKLIMAT PAKAR MODUL MEMANCING

 

 

Sebelum memancing, para peserta terlebih dahulu diberikan taklimat daripada pakar pancing. Keselamatan para peserta menjadi keutamaan semasa taklimat dijalankan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlakau. Pakar pancing juga menunjukkan cara mengikat tali mata kail dan mengantungkan umpan yang betul.

 

 

PERTANDINGAN MEMANCING BERMULA

 

     

Tepat jam 1.30 petang, pertandingan pun bermula. Seramai 70 peserta Kelab Nuri menyertai pertandingan kali ini. Bersemangat sungguh para peserta nak tangkap ikan. Apa yang Big Bro pelajari daripada program ini ialah aktiviti memancing ini betul-betul melatih kesabaran dan ketenangan hati kita.

 

 

PENYAMPAIAN HADIAH JUARA

 

     

Pertandingan berlangsung selama empat jam dan akhirnya lima orang dengan tangkapan terberat dipilih sebagai pemenang pertandingan Nuri Joran pada kali ini. Juara Nuri Joran membawa pulang baucer simpanan-i Kelab Nuri bernilai RM500. Tidak lupa, sijil penghargaan dan tabung juga diberikan kepada semua peserta yang menyertai pertandingan ini.

 

Baiklah sampai sini sahaja untuk minggu ini. Semoga kita berjumpa lagi di program yang akan datang. Jumpa lagi kawan-kawan!