NURI ECO CAMPS 2018

Hai adik-adik! Dah lama Big Bro tak berborak tentang aktiviti NURI. Hari ini Big Bro nak kongsikan sedikit tentang Nuri Eco Camp yang di Ulu Yam.

Pada minggu lalu, Big Bro ada menyertai sebuah program perkhemahan Nuri Eco-Camp bersama-sama dengan ahli Kelab Nuri. Program berkonsepkan team building ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dalam kalangan peserta bagi memastikan segala tugasan atau tanggungjawab yang diberikan dapat diselesaikan dengan baik. Setiap kumpulan juga dikehendaki untuk melantik seorang Penghulu bagi menjadi ketua kumpulan mereka.

JOM BIG BRO KONSIKAN AKTIVITI YANG BERLANGSUNG SEMASA NURI ECO CAMP.

ICE BREAKING

Aktiviti dimulakan dengan sesi Ice Breaking. Aktiviti sangat menarik kerana menerusi aktiviti ini, Big Bro dapat berkenalan dengan ramai kawan-kawan baharu. Big Bro juga telah dilantik oleh ahli-ahli kumpulan untuk menjadi ketua kumpulan kami. Tugasan pertama yang Big Bro dapat adalah menghasilkan logo dan carta organisasi kumpulan. Setelah selesai, setiap kumpulan turut diberikan seekor ayam sebagai tanggungjawab untuk dijaga sepanjang program ini berlangsung. 

GAME EXPLORACE

Aktiviti Explorace ini merupakan aktiviti yang paling Big Bro gemari kerana ianya menguji ketangkasan dan stamina para peserta. Aktiviti ini diadakan di 4 lokasi berbeza dan setiap lokasi ada tugasan yang perlu diselesaikan. Tugasan yang diberikan amat mencabar dan memerlukan semangat kerjasama yang tinggi daripada para peserta.

COOKING SURVIVAL

Untuk aktiviti ini, setiap peserta dikehendaki untuk membentuk sebuah rakit di atas pelampung dengan buluh yang disediakan. Para peserta menggunakan kepakaran masing-masing dalam mengikat tali bagi memastikan rakit yang dibuat itu selamat dan kukuh untuk kegunaan semasa memasak.

Kami juga berpeluang belajar perkara baharu iaitu teknik penyembelihan ayam yang betul, Setelah selesai proses penyembelihan dan pembersihan, kami diarahkan untuk memasak ayam tersebut. Menu yang perlu dimasak bagi setiap peserta ialah Sup Ayam.

PENYAMPAIAN HADIAH KUMPULAN TERBAIK

Sebelum program tamat, acara penyampaian hadiah telah berlangsung sebagai tanda penghargaan kepada para peserta. Kalau adik-adik nak tau, kumpulan Big Bro menang tempat pertama dalam aktiviti Cooking Survival tau. Bukan itu sahaja, kami juga telah dinobatkan sebagai kumpulan terbaik keseluruhan. Seronok betul bila diumumkan jadi pemenang. Hadiah yang diberikan juga sangat menarik iaitu bag sekolah, tabung Kelab Nuri, Lunch Box, bekas air dan sijil penyertaan. Memang tak rugi lah siapa yang sertai program ini. Oklah adik-adik, Big Bro nak sertai program NURI JORAN di Perak pula lepas ni. Kita jumpa lagi!