NURI Explore Race 2018

Hi adik-adik, berjumpa lagi kita di posting terbaru Kelab Nuri. Selepas program NURI Joran yang dianjurkan tempoh hari. Big Bro telah menganjurkan satu lagi program untuk adik-adik di Negeri Perak iaitu NURI Explo Race 2018 yang diadakan di Zoo Taiping. Seramai 100 orang adik-adik yang menyertai program kali ini.

Big Bro berasa teruja sebab dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang baharu di sana. Untuk pengetahuan konsep program kali ini adalah berbeza di mana buat pertama kalinya Kelab Nuri menganjurkan aktiviti NURI Explore Race yang menguji kepantasan serta memupuk kerjasama dalam satu pasukan.

Di sini Big Bro ingin berkongsikan sedikit suntingan gambar yang diambil ketika aktiviti NURI Explore Race 2018

PENDAFTARAN PESERTA

Kalau adik-adik hendak tahu, inilah kawan-kawan Big Bro yang baharu. Adik-adik ini sedang beratur untuk mendaftar bagi mendapatkan goodies eksklusif Kelab Nuri telah disediakan iaitu :

  • seunit beg sisi;
  • seunit topi;
  • sehelai baju Kelab Nuri; dan
  • satu set sarapan pagi.

PEMBAHAGIAN KUMPULAN

Selepas selesai sesi pendaftaran, kawan-kawan Big Bro diberikan tugas untuk melakukan pembahagian kumpulan. Setiap kumpulan dipantau oleh seorang pengiring untuk memastikan keselamatan adik-adik ketika melaksanakan aktiviti dan tugasan. Sebanyak 13 soalan diberikan kepada setiap kumpulan di mana setiap kumpulan hendaklah menjawab kesemuanya. Lihatlah keseronokan adik-adik yang menyertai program NURI Explore Race. Seronoknya menjadi ahli Kelab Nuri Bank Rakyat!

NURI EXPLORE RACE BERMULA

Acara pelepasan NURI Explore Race dilaksanakan selepas selesai proses pembahagian kumpulan di mana Big Bro sendiri yang menyempurnakan pelepasan ini. Adik-adik ini dikehendaki mencari jawapan di 13 checkpoint yang telah ditetapkan oleh Big Bro di mana kesemua jawapan berada di sekitar kawasan Zoo Taiping. Semasa aktiviti ini kesemua adik-adik ini turut diberikan pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan memilihara flora dan fauna serta pendedahan tentang haiwan-haiwan yang hampir pupus seperti badak sumbu.

EXPLORE RACE MENGUJI MINDA

Di setiap checkpoint Big Bro juga menempatkan seorang petugas untuk memberi soalan kepada kumpulan yang tiba. Petugas akan memastikan soalan yang diberikan ini dijawab dengan sempurna oleh setiap kumpulan sebelum mereka beredar daripada checkpoint. Di sini Big Bro simpulkan bahawa kerjasama berkumpulan amatlah penting bagi memastikan tugasan disempurnakan dan sentiasa berada dihadapan. Dalam masa yang sama, adik-adik ini dapat mengenali antara satu sama lain dan dapat mengenali sahabat baharu mereka.

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG

Setelah selesai aktiviti NURI Explore Race, sudah semestinya adik-adik yang menyertai ini mereka letih. Big Bri berikan sedikit masa untuk mereka rehat, solat dan makan sebelum Big Bori mengumumkan kumpulan terbaik. Kumpulan yang memenangi NURI Explore Race kali ini akan membawa pulang set beg sekolah dan cenderahati eksludif Kelab NURI manakala kumpulan yang tidak berjaya pula, Big Bro tidak membiarkan adik-adik pulang dengan tangan kosong. Mereka akan membawa goodies ekslusif Kelab NURI. Selesai sahaja penyampaikan hadian Big Bro meluangkan sedikit masa beramah mesra dengan adik-adik ini. Baiklah Big Bro pun hendak berehat sekejap dan hendak berfikir untuk aktiviti di Sabah.