Assign modules on offcanvas module position to make them visible in the sidebar.

Panduan Keselamatan Kelab Nuri

Kelab Nuri komited dalam memastikan keselamatan kemudahan perbankan internet i-Rakyat. Kami senantiasa meningkatkan pelaburan dalam tenaga kerja, kepakaran teknikal, perisian, perkakasan selain memperkenalkan proses dan prosedur terkini bagi meningkatkan keselamatan perbankan dalam talian kami.

Kami juga melaksanakan prosedur yang ketat bagi memastikan keselamatan semua transaksi. Kumpulan pakar teknikal kami senantiasa memantau kehadiran sebarang ancaman dan mengambil langkah perlu bagi mengelak sebarang penipuan atau aktiviti jenayah. Selain langkah keselamatan yang diperkenalkan Bank, anda juga berperanan penting bagi memastikan keselamatan transaksi dalam talian dan maklumat perbankan tidak dikompromi. Kesedaran dan pengetahuan adalah rakan terbaik anda bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan internet.

Apa yang boleh anda lakukan?

1.    Kata laluan/PIN adalah kunci kepada maklumat akaun anda.. Nama pengenalan (ID) dan kata laluan/PIN membolehkan anda mengakses akaun anda. Penggunaan kata laluan yang kukuh dan unik memastikan transaksi dalam talian yang lebih selamat. Anda harus memastikan hanya ANDA mengetahui kata laluan/PIN dan HANYA anda mempunyai akses kepada akaun anda. Berikut adalah beberapa langkah yang dapat membantu melindungi kata laluan anda.

o    Jangan sekali-kali berkongsi kata laluan termasuk dengan pihak yang mendakwa sebagai kakitangan Kelab Nuri. Kakitangan Kelab Nuri tidak akan meminta kata laluan perbankan internet anda.

o    Tukar kata laluan selalu (dicadangkan setiap 3 bulan).

o    Mencipta kata laluan yang kukuh dan unik supaya sukar diteka. Jangan sekali-kali menggunakan maklumat peribadi seperti nama, tarikh lahir, nama anak-anak dan sebagainya sebagai kata laluan.

o    Gunakan kombinasi huruf, angka dan simbol. Kata laluan yang menggabungkan huruf besar dan kecil, angka dan simbol lebih sukar diteka.

o    Gunakan kata laluan berbeza untuk laman internet berbeza.

o    Jangan sekali-kali menulis kata laluan anda di mana-mana termasuk di dalam komputer dan telefon mudah alih.

o    Sentiasa berwaspada apabila menerima emel/panggilan/SMS yang meminta anda melakukan transaksi perbankan yang menggunakan kata laluan/PIN.

o    Hubungi Kelab Nuri secepat mungkin jika keselamatan kata laluan anda sudah dikompromi..


2.    Melindungi komputer anda. Terdapat banyak ancaman di internet seperti virus, malwares dan perisian intip (spywares). Contohnya, malwares dan perisian intip (spywares) dilengkapkan di dalam komputer tanpa pengetahuan anda. Perisian ini akan merekod maklumat peribadi dan menghantarnya kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan anda. Bagaimanapun, terdapat kaedah untuk anda menghalang ancaman ini..

o    Pastikan komputer anda dilengkapkan dengan perisian antivirus dan antiintip. Anda juga perlu mengemaskinikan perisian antivirus and antiintip dengan definisi virus terbaru. Ini akan memastikan komputer anda tidak terdedah kepada ancaman virus, malware dan perisian intip terbaru.

o    Aktifkan fungsi Firewall dalam komputer anda. Firewall adalah perisian yang dapat menghalang penghantaran dan penerimaan data tidak sah dari komputer anda. Jika dilengkap dan diaktifkan dengan betul, fungsi Firewall akan melindungi komputer dan data di dalam komputer anda daripada pencerobohan semasa dihubungkan ke internet. Ia juga memastikan data yang dihantar sampai ke lokasi sebenar.

o    Jangan lupa mengemaskinikan sistem operasi dan pelayar web. Langkah mengemaskinikan dengan fungsi/pembetulan untuk sistem operasi dan pelayar web akan menutup semua ruang bagi pencerobohan ke atas komputer anda. Anda boleh mengemaskinikan sistem operasi dengan menggunakan fungsi Automated Update untuk Windows atau melawat lama web pengeluar perisian anda.

o    Elakkan daripada menggunakan komputer awam untuk transaksi perbankan internet i-Rakyat kerana komputer berkenaan mungkin tidak dilengkapkan dengan perisian keselamatan terbaru.

o    Jangan tinggalkan komputer anda tanpa selian ketika melaksanakan sebarang transaksi internet.

o    Keluar atau log off selepas selesai setiap transaksi perbankan dalam talian. Ikut arahan menamatkan transaksi dan tidak hanya menutup pelayar web.

o    LAktifkan fungsi screensaver/pelindungan kata laluan. Ini sangat berkesan bagi menghalang pihak ketiga daripada menggunakan komputer anda ketika anda tidak berada di meja.

3.    Laman web i-Rakyat adalah laman web selamat. Anda akan mengetahui jika sesuatu laman web itu dilindungi berdasarkan alamat URLnya yang ditulis "https:// " dan bukan "http:// ". Anda akan lihat perbezaan huruf "s" untuk semua laman web yang selamat. Anda juga akan melihat wujudnya ikon mangga (padlock) pada bahagian URL. Tapak web selamat bermakna data dilindungi enkripsi ketika penghantaran.

4.    Apa yang boleh anda lakukan bagi memastikan keselamatan ketika melaksanakan transaksi perbankan internet dengan Kelab Nuri? Jangan sekali-kali menghebahkan maklumat peribadi anda seperti akaun bank, kata laluan, nama pengguna, dan PIN sama ada menerusi e-mel, telefon atau SMS kepada mana-mana pihak. Kelab Nuri tidak akan meminta maklumat berkenaan menerusi e-mel, telefon atau SMS. Periksa penyata akaun anda dan laporkan sebarang transaksi yang mencurigakan kepada Kelab Nuri pada kadar segera.

Apakah yang dimaksudkan sebagai 'phishing'?
Phishing adalah cubaan bagi mendapatkan maklumat rahsia peribadi sama ada melalui e-mel, telefon atau SMS secara tidak sah. Tujuan utama pihak tidak bertanggungjawab ini adalah untuk menipu anda dan mendapatkan maklumat peribadi seperti nama pengguna, kata laluan dan akaun bank. Maklumat ini digunakan secara tidak sah bagi mengakses akaun anda, mengeluarkan atau membuat penghantaran wang ke akaun lain atau menggunakan maklumat peribadi anda kegiatan penipuan.

Bagaimana 'phishing' dilakukan?
TCara paling meluas yang digunakan adalah menerusi e-mel. E-mel ini akan mendakwa dihantar oleh Kelab Nuri, institusi kewangan lain atau pihak berkuasa. Kerap, e-mel ini akan mengandungi arahan supaya anda mengklik kepada satu capaian yang akan membawa anda ke laman web palsu.
Laman web palsu yang kelihatan sama seperti laman web perbankan Kelab Nuri i-Rakyat, akan merekodkan semua maklumat peribadi anda ketika cuba diakses. Ketika ini, phishing menerusi panggilan telefon dan mesej SMS semakin meluas digunakan penjenayah.

Bagaimana anda dapat mengelak daripada menjadi mangsa 'phishing'?

1.    Jangan mengakses laman web Kelab Nuri menerusi capaian yang disediakan dalam sebarang e-mel yang dihantar kepada anda atau e-mel yang dihantar pihak tidak dikenali.

2.    Jangan melayan dan/atau membalas sebarang e-mel, panggilan telefon atau SMS yang meminta maklumat perbankan anda termasuk pihak yang mendakwa mewakili Kelab Nuri atau pihak berkuasa.

3.    Taip alamat URL http://www.kelabnuri.com.my setiap kali anda mahu melakukan perbankan internet.

4.    Pastikan terdapat ikon mangga (padlock) pada bahagian URL atau sebelah kanan pelayar web bagi memastikan laman yang dimasuki dilindungi.

Kelab Nuri ingin menegaskan bahawa Kelab ini tidak akan sekali-kali meminta maklumat peribadi, maklumat akaun, kata laluan, PIN atau sebarang maklumat peribadi melalui e-mel, telefon atau SMS. Anda diminta jangan melayan sebarang permintaan di atas daripada pihak yang mendakwa mewakili Kelab Nuri.

Jika anda mempunyai sebarang keraguan, atau merasakan diri anda menjadi mangsa 'phished', hubungi Pusat Talian tele-RAKYAT di 1-300-88-12265 (tempatan) atau 603-2117 9000 (luar negara) atau email kepada kami secepat mungkin. Waktu operasi kami adalah Isnin-Jumaat: 7.30am - 9.30pm, Ahad: 8.30am-5.30pm. Kami ditutup pada hari Sabtu dan cuti umum.

Laporan anda akan membantu kami mengenalpasti laman web 'phishing' yang menyasarkan pelanggan kami. Kami juga senantiasa mengemaskini senarai laman web palsu untuk pengetahuan pelanggan kami.

Mengukuhkan pelayar web anda.

Adalah menjadi tabiat yang baik untuk anda membersihkan cache pelayar web dengan kerap atau setiap kali selepas membuat transaksi perbankan internet. Secara ringkas Cache adalah tempat simpanan maklumat sementara yang merekodkan maklumat laman web yang dilawati pengguna. Langkah membersihkan cache akan meningkatkan keselamatan perbankan internet anda.

Ini adalah cara-cara untuk anda membersihkan cache pelayar web.

Internet Explorer 7

1.    Lancarkan Internet Explorer

2.    Klik pada "Tools"

3.    Pilih "Internet Options"

4.    Pilih "Temporary Internet Files" dan klik "Delete Files"

5.    Kemudian diikuti dengan "OK"

6.    Klik OK sekali lagi menuntup kotak dialog Internet Options

Mozilla Firefox

1.    Lancarkan pelayar web Firefox

2.    Klik pada "Tool"

3.    Pilih "Options"

4.    Klip pada "Privacy"

5.    Kemudian pilih Clear your recent history dan tandakan semua selain Site Preferences

6.    Klik "Clear Now"

7.    Klik "OK" sekali lagi bagi menutup kotak dialog Options 

Google Chrome

1.    Lancarkan Google Chrome

2.    Klik pada tab di sebelah URL dan menu "drop-down" akan dipaparkan

3.    Pilih "Settings" daripada Menu itu dan pelayar Chrome baru akan dilancarkan

4.    Pilih "Privacy" dan klik "Clear Browsing Data..."

5.    Tandakan pada tabs dikehendaki (empat tab pertama sudah ditandakan). Anda juga boleh menandakan semua tab yang disenaraikan

6.    Kemudian klian "Clear Browsing Data"

7.    Tutup Chrome tab