Assign modules on offcanvas module position to make them visible in the sidebar.

KELAB NURI BANK RAKYAT

Kanak-kanak dan remaja berumur 18 tahun ke bawah.

Ahli Kelab Nuri Bank Rakyat dapat menikmati keistimewaan berikut:

  • Diskaun eksklusif daripada rakan dagang terpilih.
  • Perlindungan takaful berkelompok.
  • Tawaran diskaun bagi pembelian barangan Kelab Nuri.
  • Diberi keutamaan untuk menyertai program anjuran Kelab Nuri seperti Kem Cuti Sekolah, penyertaan untuk pertandingan anjuran Kelab Nuri dan aktiviti berkumpulan.

Yuran keahlian sebanyak RM50 setahun bagi tahun pertama dan RM10 setahun bagi tahun berikutnya.

  • Cawangan Bank Rakyat
  • Laman sesawang Kelab Nuri (www.kelabnuri.com.my)
  • Bas Nuri (maklumat lokasi boleh didapati di laman sesawang Kelab Nuri)

Bank Rakyat telah menambah baik serta membuat pembaharuan untuk Kelab Nuri Bank Rakyat. Sehubungan dengan itu, ahli yang pernah mendaftar sebelum ini perlu membuat pendafataran sebagai ahli baharu dengan yuran keahlian sebanyak RM50.

Maklumat lanjut menerusi saluran komunikasi rasmi berikut:

  • Pusat Panggilan: 1300 80 5454
  • www.bankrakyat.com.my
  • www.kelabnuri.com.my
  • Media sosial Bank Rakyat (Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda):
    • Facebook: www.facebook.com/myBANKRAKYAT
    • Twitter: www.twitter.com/myBANKRAKYAT
    • Instagram: www.instagram.com/myBANKRAKYAT

 

PERLINDUNGAN TAKAFUL KELAB NURI

Skop perlindungan dan manfaat takaful bagi Kelab Nuri adalah seperti berikut:

Perlindungan Keterangan Manfaat
Kematian Semasa kematian Orang Yang Dilindungi, jumlah perlindungan akan dibayar kepada Pemegang Sijil Induk Takaful RM2,000
Keilatan Kekal dan Menyeluruh Semasa Orang Yang Dilindungi mengalami keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar kepada Peserta Takaful, tertakluk pada syarat-syarat berikut:
  • Hilang upaya yang berlaku adalah berdasarkan definisi ”Pekerjaan Sendiri atau Bersesuaian” atau “Apa-apa Pekerjaan”, bergantung kepada profil kumpulan.
  • Manfaat keilatan akan dibayar setelah tamat tempoh kelayakan (tempoh menunggu) yang akan ditentukan oleh pihak Syarikat bergantung kepada jenis perlindungan.
  • Keadaan sedia wujud akan dikecualikan dari manfaat ini
RM2,000

a) Pengecualian atas Kematian

  • Jika Orang Yang Dilindungi, sama ada waras atau tidak, cuba untuk membunuh diri di dalam tempoh satu tahun bermula pada Tarikh Efektif, meninggal dunia disebabkan virus Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) atau penyakit yang disebarkan secara seksual, atau meninggal dunia akibat dari Keadaan Sedia Wujud sepertimana yang ditakrif dalam Sijil Takaful, tiada manfaat akan dibayar

b) Pengecualian Bagi Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)

  • Sijil Takaful ini tidak akan memberi perlindungan ke atas sebarang keilatan disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagian, dari mana-mana satu kejadian yang berikut:
    • Mencederakan diri sendiri atau sebarang percubaan ke atasnya sama ada di dalam keadaan siuman atau tidak;
    • Perkhidmatan ketenteraan atau tentera laut pada waktu perang yang diisytiharkan atau tidak, atau di bawah arahan bagi operasi ala peperangan atau pemulihan perintah awam;
    • Memasuki, mengendali atau menyelenggarakan, menaiki atau menuruni dari atau dengan sebarang peralatan atau pengangkutan udara melainkan Orang Yang Dilindungi berada di dalam kapal terbang yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan komersial dengan jadual penerbangan yang teratur mengikut destinasi yang telah ditetapkan; atau Orang Yang Dilindungi menjadi penumpang kapal terbang berlesen atau helikopter yang menyediakan perkhidmatan ke kawasan yang tiada perkhidmatan penerbangan biasa;
    • Jika Orang Yang Dilindungi didapati dijangkiti oleh virus Human Immunodeficiency (HIV) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) atau penyakit yang disebarkan secara seksual;
    • Semasa Orang Yang Dilindungi berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah selain dari yang telah dibenarkan oleh Doktor yang berdaftar;
    • Jika Orang Yang Dilindungi mengambil bahagian dalam mana-mana rusuhan atau melakukan kesalahan jenayah;
    • Jika Orang Yang Dilindungi didapati terlibat di dalam aktiviti-aktiviti pengganas, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pengunaan kuasa atau keganasan dan/atau ancaman/ugutan kepada orang atau sekumpulan orang, sama ada tindakan perseorangan atau mewakili organisasi atau kerajaan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau atas tujuan yang sama untuk menarik perhatian dan mempengaruhi kerajaan, dan/atau meletakkan orang awam atau mana-mana kawasan awam dalam ketakutan;
    • Semua Keadaan Sedia Wujud, seperti yang dinyatakan pada Klausa 11 Jadual Kedua, dan/atau sebarang keadaan yang timbul/wujud daripadanya kecuali ianya telah diberitahu serta diterima secara bertulis oleh Pihak Syarikat sebelum perlindungan Orang Yang Dilindungi berkuatkuasa.

Tidak. Ahli yang layak menyertai Kelab Nuri tidak perlu menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan.

Anda perlu melengkapkan borang tuntutan yang boleh diperolehi melalui:

  • Laman Web : www.takaful-ikhlas.com.my / Pusat Panggilan Pelanggan Takaful IKHLAS : 0327239696 / Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Cawangan Bank Rakyat yang berhampiran
  • Cawangan Takaful Ikhlas Berhad yang berhampiran

Borang tuntutan dan dokumen – dukumen tuntutan perlu dimajukan terus ke Takaful Ikhlas Berhad.

Maklumkan dimana-mana Cawangan Bank Rakyat atau Cawangan IKHLAS. Dokumen yang diperlukan:

  • a) Borang Tuntutan yang lengkap diisi.
  • b) Salinan Kad Pengenalan Peserta yang telah disahkan.
  • c) Salinan Sijil Kematian Peserta yang disahkan.
  • d) Salinan IC Waris.
  • e) Bukti Hubungan ( i.e Sijil Lahir ).

Hantarkan terus dokumen yang diperlukan ke alamat Takaful Ikhlas Berhad, Level 5, IKHLAS Point, Tower 11A, Avenue 5, Bangsar South, No.8 Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur. Attn : Bancatakaful Department (Level 5).

Tempoh pembayaran tuntutan adalah 14 hari bekerja dari penerimaan dokumen lengkap oleh pihak Takaful IKHLAS Berhad.

Mereka yang dinamakan sebagai penama adalah layak menerima manfaat. Jika maklumat penama tidak diberikan, maka waris yang sah akan menjadi penerima manfaat dengan mengemukakan bukti hubungan (sijil kelahiran/sijil nikah). Waris adalah terdiri daripada suami, isteri, anak, ibu, bapa atau individu yang memperolehi surat kuasa dari mahkamah.

Ya. Manfaat akan dibayar walaupun Peserta mempunyai Sijil Takaful / Polisi Insurans lain.