Assign modules on offcanvas module position to make them visible in the sidebar.

Kelab Nuri Bank Rakyat

 

Terma & Syarat-syarat Keahlian

 

A. Syarat Keahlian

1. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah sahaja.

 

B. Pendaftaran

1. Yuran keahlian RM50 setahun bagi tahun pertama dan RM10 setahun bagi     

    tahun berikutnya

2. Pendaftaran boleh dibuat melalui:-

·         Mana-mana Cawangan Bank Rakyat;

·         Mikrosite Kelab Nuri (www.kelabnuri.com.my); atau

·         Bas Nuri.

 

C. Keistimewaan Kelab Nuri

          1. Pemberian hadiah wang tunai dalam bentuk Akaun Simpanan-i Nuri / Akaun  

    Simpanan-i Bank Rakyat

2. Kad keahlian Kelab Nuri yang dilengkapi dengan;-

·         Diskaun eksklusif dari pedagang-pedagang terpilih

·         Perlindungan Takaful berkelompok

·         Tawaran potongan harga pembelian barangan Kelab Nuri

·         Keutamaan untuk menyertai program-program anjuran Kelab Nuri seperti: -

-      Menyertai Kem Cuti Sekolah

-      Turut serta dalam pertandingan anjuran Kelab Nuri

-      Kenali rakan baru menerusi aktviti berkumpulan dan banyak lagi

 

D. Kad Keahlian Kelab Nuri

1. Kad ini tidak boleh dipindah milik

2. Kad ini adalah kepunyaan Kelab Nuri Bank Rakyat

3. Kad ini bukan kad caj atau kad kredit

4. Bank Rakyat mempunyai hak untuk mengubahsuai terma dan syarat serta

    keistimewaan kad tanpa sebarang notis, sekiranya terdapat sebarang      

    pertikaian, keputusan Bank Rakyat adalah muktamad

5. Penggunaan kad ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat

    Kelab Nuri Bank Rakyat

 

E. Pembatalan

1. Pembatalan keahlian serta-merta apabila ahli melebihi umur 18 tahun

 

F. Lain-lain

1.    Keahlian Kelab Nuri ini adalah tertakluk kepada kelulusan Bank Rakyat  

Sepenuhnya

 

2.    Bank Rakyat mempunyai hak eksklusif untuk mencetak atau menyiarkan

nama dan gambar ahli untuk tujuan promosi di dalam

akhbar, majalah, lama sesawang korporat Bank Rakyat, atau mana-mana

saluran media yang bersesuaian.

 

3.    Melainkan diperuntukkan secara khusus atau sebaliknya, Bank Rakyat

mempunyai hak dan budi bicara secara mutlak untuk meminda, 

membatalkan atau menambah mana-mana terma dan syarat ini dari semasa

ke semasa dengan memberi notis 21 hari terlebih dahulu di laman web bank

atau sebarang medium komunikasi yang bersesuaian. Pelanggan adalah

dianggap bersetuju untuk terikat dengan sebarang pindaan, pemotongan

atau penambahan tersebut.

 

4.    PENAFIAN: TERTAKLUK KEPADA APA YANG DIBENARKAN OLEH

UNDANG-UNDANG, BANK RAKYAT DAN ANAK SYARIKAT TIDAK 

AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PEMOHON ATAU MANA

PIHAK KETIGA UNTUK KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, 

KHAS, SAMPINGAN, GANTI RUGI TAULADAN ATAU AKIBAT

KEROSAKAN (TERMASUK KEHILANGAN PENGGUNAAN,

DATA, PERNIAGAAN ATAU KEUNTUNGAN) YANG TIMBUL DARIPADA

ATAU BERKAITAN DENGAN PENYERTAAN ANDA DALAM KEMPEN INI, 

SAMA ADA LIABILITI TERSEBUT BERLAKU BERPUNCA DARIPADA

APA-APA TUNTUTAN BERASASKAN KEPADA KONTRAK, JAMINAN,

TORT (TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI KETAT ATAU SEBALIKNYA,

DAN SAMA ADA PEMOHON TELAH DINASIHATKAN ATAU TIDAK

KEMUNGKINAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN BOLEH BERLAKU. 

 

5.    Bank Rakyat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkinan

yang disebabkan bencana alam, peperangan, rusuhan, perintah berkurung, 

kebakaran, banjir, kemarau, ribut, epidemik, pandemik, kegagalan system

atau apa-apa situasi di luar kemampuan Bank Rakyat. 

 

6.    Dengan menyertai Kelab Nuri, pemohon dianggap telah membaca,

memahami dan bersetuju untuk terikat dngan terma dan syarat rasi yang

terkandung, termasuk keputusan yang dibuat oleh pihak Bank Rakyat yang

dianggap muktamad, terikat dan menyeluruh.

 

7.    Terma dan syarat ini terikat dengan ditafsir mengikut undang-undang

Malaysia.

 

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1 300 80 5454; atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat; atau layari www.kelabnuri.com.my atau lama sesawang bank www.bankrakyat.com.my